Tuesday, October 20, 2009

Kecemasan di Putrajaya

Jika berlaku kecemasan di mana anda perlu mendapatkan bantuan>

1. Hubungi Talian 999 samada dari telefon talian tetap (rumah atau pejabat ) atau dari telefon mudahalih anda.

Anda perlu menyatakan jenis kejadian, lokasi kejadian, berapa 'serius' kejadian tersebut dan butir-butir maklumat pemanggil seperti nama, no kad pengenalan dan dari mana panggilan anda buat. Anda akan bercakap dengan Operator telekom di Pusat Kawalan MERS 999 dan mereka akan menyambungkan anda sama Polis, Hospital, Bomba atau Pertahanan Awam mengikut jenis kecemasan yang anda alami.

Mengikut SOP panggilan anda aakan dilayan tidak kurang dari 2 minit dan bantuan akan dikejarkan segera ke tempat anda. Anda perlu memberikan maklumat yang lengkap dan tepat terutama lokasi kejadian.

Jangan buat panggilan palsu kerana akan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Anda juga boleh terus ke pejabat agensi yang boleh memberikan bantuan jika anda sukar menembusi talian dan anda berdekatan dengan lokasi berikut:

1. POLIS
- Balai Polis Presint 7 (berhampiran Hospital Putrajaya dan di belakang Ibu Pejabat Bomba Presint 7 )
- Balai Polis Presint 11 (baru dibuka)
- Pondok Polis Komuniti Presint 9 - Tel:03 8889 2022 /sms ke poliskl 32728 / hotline 03 2115 9999

2. HOSPITAL
-Hospital Putrajaya Presint 7 (berhadapan Balai Polis Presnit 7) jalan menghala ke Putrajaya Sentral

3. BOMBA & PENYELAMAT
- Presint 7

4. PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
- Presint 15 (bangunan rumah kedai berhampiran Mydin)

1 comment: